MenuBar

Showing posts with label sukar hamil. Show all posts
Showing posts with label sukar hamil. Show all posts

Saturday, 7 June 2014

Adakah saya SUBUR?

Dipetik dari portal Sinar Harian 25 Mei 2014




"SUBUR kau ni, anak ramai murah rezeki..." Itulah frasa selalu kita dengar apabila seseorang memberi respons kepada individu yang beranak ramai. Kadang-kadang kata-kata begitu boleh gores hati, betapa si ibu itu tak tahu merancang, saban tahun beranak.

Namun ada juga yang senyum gembira, berbunga hati kerana perihal kesuburan akan dikaitkan dengan kesempurnaan seorang wanita.

Sebaliknya pula bagi wanita yang lama berkahwin (setahun pun sudah bising!) tetapi belum ada anak, mendengar pujian di atas boleh mengusik jiwanya. Akan bertanya dia pada hati adakah dirinya tidak subur, tidak sempurnalah dia kerana tidak mampu berikan suami cahaya mata.