MenuBar

Showing posts with label kurang tidur. cukup tidur. testimonial. Show all posts
Showing posts with label kurang tidur. cukup tidur. testimonial. Show all posts

Thursday, 12 June 2014

PIALA DUNIA 2014 vs KESUBURAN LELAKI

Piala Dunia 2014

Apa pula kaitan Piala Dunia dengan kesuburan lelaki??
Bagi pasangan suami isteri yang menginginkan cahaya mata perlu tahu kesan menonton televisyen yang berlebihan akan menjejaskan tahap kesuburan suami!

Pada musim bola, ramai lelaki akan berjaga hingga lewat malam bagi menyaksikan perlawanan bola pasukan kegemaran masing-masing. Waktu tidur pula akan terganggu dan ini secara tidak langusng akan mengurangkan produktiviti sperma sehingga 29%.

Waktu perlawanan piala bola 2014 di Malaysia yang berlaku pada waktu tengah malam dan memerlukan seseorang mengorbankan waktu tidurnya

Selain dari mengganggu produktiviti sperma, gangguan tidur juga akan mempengaruhi keinginan dan kemampuan seksual. Kurang tidur akan menyebabkan tubuh badan lemah, kekurangan tenaga dan malas untuk melakukan pelbagai aktiviti. Jadi, apabila suami kurang tidur pada waktu malam, maka kemesraan dengan isteri akan terjejas kerana suami akan memilih untuk tidur berbanding melakukan aktiviti dengan isteri.

Bagi suami yang kuat berdengkur pula akan mengalami masalah ereksi (eraction / ketengangan) yang disebabkan kekurangan oksigen ketika dalam proses tidur.