MenuBar

Showing posts with label masalah peranakan. Show all posts
Showing posts with label masalah peranakan. Show all posts

Sunday, 1 September 2013

UJIAN KESUBURAN

 Sumber : Sinar Harian

KUALA LUMPUR – Kebanyakan pasangan suami-isteri sememangnya mahu dikurniakan anak sendiri tetapi ada juga yang kurang bernasib baik walaupun sudah bertahun berkahwin.
  
Masalah mandul atau ketidaksuburan menghalang pasangan suami-isteri mencapai objektif utama mereka iaitu untuk mendapatkan zuriat.
  
Tetapi ada pasangan yang mempunyai masalah ini yang mengatakan itu sudah ditentukan takdir.
  
Malangnya ada juga yang menyalahkan pasangan masing-masing kerana kegagalan melahirkan anak sebagai penyambung zuriat.