MenuBar

Saturday 7 June 2014

Adakah saya SUBUR?

Dipetik dari portal Sinar Harian 25 Mei 2014




"SUBUR kau ni, anak ramai murah rezeki..." Itulah frasa selalu kita dengar apabila seseorang memberi respons kepada individu yang beranak ramai. Kadang-kadang kata-kata begitu boleh gores hati, betapa si ibu itu tak tahu merancang, saban tahun beranak.

Namun ada juga yang senyum gembira, berbunga hati kerana perihal kesuburan akan dikaitkan dengan kesempurnaan seorang wanita.

Sebaliknya pula bagi wanita yang lama berkahwin (setahun pun sudah bising!) tetapi belum ada anak, mendengar pujian di atas boleh mengusik jiwanya. Akan bertanya dia pada hati adakah dirinya tidak subur, tidak sempurnalah dia kerana tidak mampu berikan suami cahaya mata.



Dua situasi ini menggambarkan betapa soal kesuburan wanita sangat penting dalam melayari bahtera perkahwinan. Namun tidak sedikit mengambil berat perihal ini sehinggalah sudah berkahwin tak dapat-dapat anak baharu sedar. Lebih malang lagi, si suami menuduh isteri mandul tanpa menilai dirinya mungkin ada masalah kesuburan.

Sebetulnya jika seorang wanita dan lelaki itu subur, peluang pasangan untuk hamil adalah baik walaupun kehamilan mungkin tidak berlaku serta-merta. Persoalannya, berapa ramai yang tahu dirinya subur atau tidak. Jika setahun dua perkahwinan belum dikurniakan anak, mereka memujuk diri dengan mengatakan belum rezeki. Tetapi jika sudah sembilan tahun, adakah kita mahu bersandarkan kepada 'belum rezeki'?

Sesungguhnya qada dan qadar kita ditentu ALLAH, namun seperti firmanNya “Sesungguhnya ALLAH tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum (bangsa) melainkan kaum itu sendiri mengubah nasibnya”  -  Ar-Ra’d:11, kita disuruh berusaha, berusaha dan berusaha dengan iringan doa, baharulah berserah kepadanya.

Dalam hal ini baik lelaki mahupun wanita, perlu tahu adakah mereka subur atau tidak dengan berusaha menjalani rawatan, pemeriksaan serta merujuk kepada yang pakar. Jangan malu untuk bertanya kerana hakikatnya anda ingin tahu!.

* Hubungi Kami Segera Untuk Dapatkan PRODUK KESUBURAN Suami Isteri SK Alkhisbun.
Izza 019-3320493 (Whatsapp/SMS/Hubungi)
atau emel : gamatizza@gmail.com

No comments:

Post a Comment