Dipetik dari portal Sinar Harian 25 Mei 2014
"SUBUR kau ni, anak ramai murah rezeki..." Itulah frasa
selalu kita dengar apabila seseorang memberi respons kepada individu
yang beranak ramai. Kadang-kadang kata-kata begitu boleh gores hati,
betapa si ibu itu tak tahu merancang, saban tahun beranak.
Namun ada juga yang senyum gembira, berbunga hati kerana perihal kesuburan akan dikaitkan dengan kesempurnaan seorang wanita.
Sebaliknya pula bagi wanita yang lama berkahwin (setahun pun sudah
bising!) tetapi belum ada anak, mendengar pujian di atas boleh mengusik
jiwanya. Akan bertanya dia pada hati adakah dirinya tidak subur, tidak
sempurnalah dia kerana tidak mampu berikan suami cahaya mata.