MenuBar

Friday 28 March 2014

PEMAKANAN SEMASA HAMIL

Sekalung tahniah diucapkan kepada pelanggan kami yang telah berjaya mendapat kesihatan yang baik khususnya para isteri yang telah disahkan HAMIL 

Alhamdulillah semoga kandungan anda semua sihat dan selamat melahirkan anak yang comel dan beriman.

Tugas anda sekarang adalah mengamalkan pemakanan yang sihat!

(Sumber: http://www.myhealth.gov.my )

Mengapakah pengambilan makanan sihat penting semasa hamil?
Tujuannya ialah :
  • Untuk memastikan perkembangan janin yang sihat.
  • Untuk mengekalkan kesihatan ibu.
  • Untuk memenuhi keperluan nutrien dan memastikan penambahan berat badan yang bersesuaian semasa hamil
    • Jika anda kurang berat badan, anda perlu menambah di antara 12-18kg.
    • Jika berat badan anda normal sebelum hamil, anda perlu menambah di antara 11-16kg.
    • Jika berat badan anda berlebihan, anda perlu menambah di antara 7-11kg.
    • Jika kandungan anda kembar, anda perlu menambah lebih kurang 16-20kg.
Semasa hamil, berapa banyakkah yang perlu saya makan?
  • 7 hidangan nasi/bijiran atau roti
  • 3 hidangan sayur dan 2 hidangan buah (sekurang-kurangnya satu yang kaya dengan Vitamin C dan satu dalam Vitamin A)
  • 2 hidangan susu atau produk tenusu
  • 1 hidangan ikan, 1 hidangan daging/ayam dan 1 hidangan kekacang
  • 6-8 gelas air, dan tidak lebih daripada satu cawan minuman ringan atau satu cawan kopi atau teh sehari
Apakah jenis makanan yang perlu saya makan lebih semasa hamil?
1. Kalori (tenaga) dan nutrien tambahan adalah penting untuk memenuhi keperluan perkembangan fetus dan tisu baru, terutama semasa trimester kedua dan ketiga.

Tenaga tambahan yang diperlukan semasa hamil

Tenaga tambahan yang diperlukan semasa hamil
Trimester Kedua              + 360 kcal/hari
Trimester Ketiga               + 470 kcal/hari
Cadangan pengambilan nutrien semasa hamil

Trimester Kedua              Trimester Ketiga              
Lemak(g/day) 54-82 57-85
Protein(g) + 7.5 +7.5
Kalsium(mg) 1000 1000
Zink(mg) 7.0 10.0
Selenium(µg) 27 29
Thiamine(mg) 1.4 1.4
Riboflavin(mg/day) 54-82 57-85
Niasin(mg NE) + 7.5 +7.5
Asid Folic(µg) 1000 1000
Vitamin C(mg) 7.0 10.0
Vitamin A(µg) 27 29
Vitamin D(µg) 1.4 1.4
Vitamin E(mg) 7.5 7.5
Source : Recommended Nutrient Intakes for Malaysia 2005
  1. Pilih makanan yang mempunyai tinggi bahan nutrien seperti :
    • Kalsium (susu, keju, dadih, sayuran dedaun hijau dan produk kacang soya)
    • Zat besi (hati, daging tanpa lemak, roti yang ditambah dengan zat galian dan kekacang jenis kering (kacang peas)
    • Vitamin A (hati, susu, telur)
    • Vitamin B Kompleks ( hati, daging tanpa lemak, ikan dan susu)
    • Vitamin C (jambu, betik dan limau)
    • Asid Folik (sayuran berdaun hijau, hati dan kacang).

  2. Ambil makanan tambahan (jika disarankan oleh Doktor atau Pakar Pemakanan.
Asid folik - akan diberikan oleh doktor setelah anda disahkan mengandung / hamil

Jika menghadapi masalah ini, apakah patut saya lakukan?
  1. 'Lactose intolerance'
    • Cuba produk susu yang mengandungi rendah laktosa.
    • Lebihkan pengambilan ikan yang mempunyai tulang yang lembut dan boleh dimakan (sardin, ikan bilis).
    • Minum susu kacang soya dan produk kacang soya.
    • Ambil lebih sayuran seperti bayam dan kailan yang mempunyai sumber kalsium yang baik.
    Sayur bayam - sumber kalsium yang baik

  2. Loya (Morning Sickness)
    • Makan pada waktu makan yang teratur.
    • Makan dengan amaun yang sedikit tetapi kerap.
    • Kurangkan pengambilan makanan yang berlemak atau bergoreng.
    • Minum banyak air.

  3. Sakit ulu hati (Heartburn)
    • Makan dengan amaun yang sedikit tetapi kerap.
    • Kunyah makanan dengan perlahan.
    • Elakkan berbaring sejurus selepas makan.

  4. Sembelit (Constipation)
    • Minum banyak air.
    • Ambil makanan yang tinggi kandungan serat (bijiran, bijirin penuh, buah-buahan yang tinggi serat dan sayuran).
    • Sentiasa aktif.
    Bijirin - baik untuk masalah sembelit semasa mengandung / hamil


Semakan akhir : 19 April 2012
Penulis : Dr. Zainab bt. Kusiar

No comments:

Post a Comment