MenuBar

Thursday, 20 September 2012

Pemanggang Ajaib ASLI!!

























Harga RM 129.00 sahaja!!
**FREE DELIVERY**
(jika pembelian lebih dari 3 unit)
Penghataran terus boleh dibuat hanya di kawasan tersebut
Carrefour Ampang
Ampang Point
Tesco Ampang
Carrefour Wangsa Maju
AEON AU2 Keramat
AEON Taman Maluri

atau

Hendakkan Harga RM120.00!!??
Datang je terus ke Kg Melayu Ampang (Setiap hari) atau 
Seksyen 1 Wangsa Maju (hanya hari Sabtu atau Ahad)





Tuesday, 18 September 2012

JENIS SAKIT KEPALA DAN CIRI-CIRINYA


SAKIT KEPALA APA MAKNANYA???

Keradangan Sinus (SINUS)
•  Sakit yang biasanya bermula semasa atau selepas demam selsema yang teruk, terutamanya jika berlaku titis postnasal (pangliran lender berlebihan dari kawasan hidung ke dalam fariks) 
•  Sakit yang tertumpu pada satu kawasan tertentu pada muka atau kepala, dan menyerang dalam masa yang singkat. 
•  Sakit yang teruk pada waktu pagi sebelum mukus (lendir) berpeluang untuk mengalir keluar. 
•  Sakit yang menjadi teruk apabila batuk, bersin atau menggerakkan kepala dengan tiba-tiba. 
•  Sakit yang menjadi lebih teruk dengan pengambilan alkohol, perubahan suhu yang mendadak, semasa musim sejuk dan keluar dari bilik yang sejuk ke kawasan luar yang panas. 
•  Mempunyai sejarah ëdemam hayí (rhinitis alergik) dan alahan. Arteritis Temporal 
•  Sakit yang biasanya berlaku di kalangan warga tua yang berumur lebih daripada 50 tahun 
•  Sakit yang berkaitan dengan bahagaian kepala dan pelipis yang sensitive (mudah terasa sakit bila disentuh) dan sakit rahang. 
•  Penglihatan terganggu 
•  Sakit-sakit pada seluruh badan. 
•  Kemungkinan berkaitan dengan demam ringan yang berlaku sekejapsekejap. 
•  Dikaitkan dengan penurunan berat badan pada sesetengah orang 
•  Sakit kepala jenis ini dianggap sebagai kes kecemasa perubatan - pesakit perlu dirawat di hospital dengan segera. 

Sakit Kepala Bertumpu (CLUSTER)
•  Sakit kepala jenis ini biasanya berlaku di kalangan lelaki pertengahan umur, manakala migraine tipikal 
lebih biasa berlaku di kalangan wanita. 
•  Sakitnya hanya mepiluti sebelah bahagina kepala sahaja. Sakit biasanya terjadi dibelakang mata dan biasanya berlaku pada mata yang sama. 
•  Sakit yang menyerang secara tiba-tiba tanpa sebarang amaran. 
•  Sakit yang memuncak dalam tempoh 5 hingga 10 minit dan mungkin berlarutan sehingga beberapa jam. 
•  Sakir yang menyebabkan seseorang terbangun dariapda tidir dan berlaku beberapa kali sehari untuk beberapa minggu dan kemudian berhenti. Menyerang hampir pada waktu yang sama setiap hari, untuk beberapa minggu atau bulan. 
•  Sakit yang mungkin berkaitan dengan sebelah bahagian rongga hidung tersumbat dan mata yang berair. 

Sakit kepala disebabkan ketegangan (TENSION). 
•  Sakit Jenis ini biasanya dirasai dibelakang kepala dan leher dan biasanya tidak terhad pada sebelah bahagian sahaja. 
•  Sakit mungkin berlarutan selama beberapa hari sehingga beberapa minggu dengan masa lega yang singkat di antara serangan. Walau bagaimanapun tahap keterukkannya mungkin berubah-ubah. 
•  Menyerang pada bila-bila masa. 
•  Kesakitannya selalu digambarkan seperti satu ikatan kuat yang menekan, tetapi jarang sekali berdenyut-denyut dan tidak pernah disertai dengan demam. 

Sakit Kepala Migrain (MIGRAINE)
•  Berlaku apabila saluran darah di kepala menutup terlalu ketat atau membuka terlalu luas. 
•  Sakit dirasai disebelah bahagian sahajapada satusatu masa, tetapi mungkin merebak ke seluruh kepala. 
•  Sakitnya berdenyutdenyut dan selalunya berlaku secara perlahanlahan dan menjadi lebih teruk selepas satu jam atau lebih. Berlarutan sekurang-kurangnya 2-4 jaM atau lebih lama. 
•  Sakit mungkin menyerang sekali dalam maasa beberapa hari atau beberapa minggu atau langsung tiada untuk beberapa bulan, Migrain biasanya berlarutan selaman beberapa jam tetapi jarang melebihi satu atau 
dua hari. 
•  Sakit mungkin menjadi lebih teruk dengan tekanan, pengambilan alcohol, atau sesetengah jenis makanan seperti coklat dan serinngkali disertai rasa loya dan muntahmuntah. Tidur dapat melegakan sakit kepala jenis ini. Sakit ini juga berlaku semasa haid. 
•  Mempunyai sejarah keluarga yang mengidap migraine 


SUMBER: RISALAH KESIHATAN UNIMAP 





Friday, 14 September 2012

KEHEBATAN HABBATUS SAUDA



Kehebatan HABBATUS SAUDA

Sejenis antibiotik semulajadi yang berkesan dalam jangka masa singkat tanpa mendatangan sebarang kesan sampingan. Insyaallah sesuai untuk mengubati penyakit puan:-

1) Metris, Indimetris dan Ophratis
2) Sengugut
3) haid yang datang 2 / 3 kali sebulan atau tidak datang haid
4) luka atau tersumbat dalam saluran fallopian / pada kilang ovary
5) keputihan yang berlebihan dan berbau
6) mengecutkan semua jenis ketumbuhan pada payudara dan rahim
7) buasir
8) luka-luka usus kecil (colias)

Sakit Tuan :-

1) lemah tenaga batin
2) kurang kesuburan bagi lelaki dan perempuan (pasangan yang belum dianugerahkan cahaya mata)

Pelbagai lagi penyakit lain

batuk yang krinik
batuk kokol selsema yang sudah lama
resdung lelah atau sesak nafas
sakit jantung
sakit buah pinggang
pedih ulu hatu / gastrik
kurang penghadaman
darah tinggi
angin akhmar
migraine
kurang tidur
cramp
kanak-kanak kencing malam
sembelit berkesan juga selepas pembedahan dan bersalin serta menambahkan susu ibu

HULBA AL KHISHBUN hanya RM 45 untuk 3 bulan!



Bertindak sebelum terlambat

Monday, 11 June 2012

Imbasan 3D - Kesan Kecacatan Bayi

Oleh NORLAILA HAMIMA JAMALUDDIN
Imbasan 3D membolehkan doktor melihat kedudukan bayi dari pelbagai sudut dan orientasi

LELAKI atau perempuan? Inilah soalan pertama yang diajukan kebanyakan bakal ibu dan bapa apabila doktor melakukan ujian imbasan ultra bunyi pada kandungan si isteri.
Malah, yang akan menerima anak kedua atau ketiga juga akan bertanyakan soalan sama. Dorongan ingin tahu jantina anak biasanya membuatkan ibu bapa lupa persoalan lebih penting, iaitu aspek kesihatan anak yang bakal dilahirkan.
Jantina anak bukan soal utama. Tidak kira lelaki atau perempuan, kehadiran si kecil bermakna anda mempunyai zuriat untuk meneruskan keturunan.
Usah hampa jika impian mendapat anak lelaki tidak kesampaian kerana anak perempuan juga anugerah Tuhan yang tidak ternilai. Yang penting ialah dia sempurna, cukup sifat dan sihat. Perkara ini ditekankan berulang kali oleh Perunding Obstetrik dan Ginekologi, Pusat Perubatan Fetal dan Ginekologi (FMGC), Dr Patrick Chia. Ada wanita (terutama yang mengandung anak pertama) meminta ujian imbasan dilakukan setiap kali dia menjalani pemeriksaan kesihatan, namun ada juga yang hanya mendapatkan perkhidmatan itu pada hujung kehamilan.

Adakah imbasan ini sangat penting dan jika ya, berapa kerap ia perlu dilakukan?
Tidakkah gelombang bunyi yang digunakan dalam pemeriksaan ini mengganggu perkembangan janin yang masih kecil? Bila sepatutnya imbasan dilakukan? Inilah persoalan yang perlu diketahui bakal ibu dan bapa. Dr Chia berkata, imbasan ultra bunyi menggunakan gelombang bunyi frekuensi tinggi untuk menghasilkan imej bayi dalam kandungan pada skrin komputer. Untuk menjalankan imbasan, pakar sakit puan menggunakan alat dipanggil ‘transducer’ yang menghantar satu jaluran gelombang bunyi berfrekuensi tinggi ke dalam badan dan mengesan gema yang terhasil apabila gelombang berkenaan ‘berlanggar’ dengan struktur dalaman.
Bunyi gema ini ditukarkan ke bentuk impuls elektrik dan kemudian diproses bagi membentuk imej pada monitor. Imbasan ultra bunyi boleh dilakukan bila-bila masa sepanjang kehamilan. Bagaimanapun, secara umumnya ia boleh dilakukan sebanyak empat kali iaitu:

• Imbasan awal kehamilan (lima hingga 10 minggu)
Imbasan pada peringkat awal kehamilan boleh mengesahkan kandungan itu berlaku dalam rahim dan mengira usia kandungan. Selain itu, ia dapat mengesan pergerakan jantung bayi. Pada ketika ini juga anda boleh tahu jika mengandung anak kembar. Imbasan ini memberi kelegaan kepada bakal ibu, terutama yang mengalami pendarahan pada awal kehamilan. Kantung kandungan boleh dilihat seawal empat setengah minggu kehamilan. Pada masa sama, imbasan ini dapat mengesan jika berlaku pendarahan dalam uterus.

• Imbasan nukal atau tengkuk (11 hingga 13 minggu)
Pada ketika ini janin ada degupan jantung. Kajian menunjukkan pengukuran gelombang bunyi pada nukal (kawasan di bawah kulit tengkuk) dan keadaan tulang hidung boleh mengesahkan bayi mengalami masalah Sindrom Down. Dalam tempoh ini (11 minggu hingga 13 minggu dan enam hari) adalah masa terbaik untuk mengukur translusen nukal (NT) dan mengesan kehadiran tulang hidung. Pengesahan Sindrom Down selanjutnya boleh dilakukan melalui ujian darah ibu untuk mengukur tahap dua jenis hormon. Risiko mendapat anak Sindrom Down meningkat bagi wanita yang hamil pada usia 35 tahun ke atas. Imbasan nukal dan ujian darah boleh mengesan masalah Sindrom Down sehingga 95 peratus. Untuk imbasan ini, wanita tidak perlu melakukan persediaan, tetapi disarankan tidak mengosongkan pundi kencing 30 minit sebelum imbasan. Imbasan ini biasanya mengambil masa 20 minit.

• Imbasan anomali teliti (18 hingga 22 minggu)
Ini ialah imbasan untuk melihat kecacatan atau ketidaknormalan pada bayi. Ia membabitkan imbasan seluruh badan (dari kepala ke kaki) termasuk kepala, otak, muka, tulang belakang, jantung, dada, abdomen, buah pinggang, tangan dan kaki. Ketika ini juga kecacatan muka seperti bibir sumbing, spina bifida (masalah pada tulang belakang) dan lubang pada jantung dapat dikesan. Bayi juga ‘diperiksa’ jika ada menunjukkan petanda tertentu yang biasanya ditemui pada bayi yang mengalami ketidaknormalan akibat kromosom. Doktor mengukur perkembangan bayi dan kedudukan plasenta. Tiada persediaan diperlukan dan wanita juga tidak perlu memenuhkan pundi kencing. Imbasan ini mengambil masa 20 hingga 30 minit.

• Imbasan kesihatan bayi secara keseluruhan (26 hingga 41 minggu)

 Kesejahteraan keseluruhan bayi boleh dikesan apabila kandungan memasuki 26 minggu. Bagaimanapun, masa terbaik untuk menjalankan imbasan ini ialah antara 30 hingga 32 minggu kerana kebanyakan masalah perkembangan bayi berlaku dalam trimester ketiga. Penilaian dibuat berdasarkan anggaran saiz kepala dan berat bayi serta jumlah air ketuban yang mengelilingi bayi.


AMALKAN MEMAKAN PATI DELIMA  1 SUDU SEHARI BAGI MENYIHATKAN KANDUNGAN SERTA MENJAGA KESIHATAN IBU  YANG SEDANG HAMIL

HANYA RM 18
Pembelian secara terus boleh dilakukan di Ampang / Wangsa Maju 
019-3320493 Izza
atau 
emailkan ke gamatizza@gmail.com



Thursday, 7 June 2012

JENIS-JENIS UJIAN KESUBURAN

Bagi pasangan yang ingin mendapat zuriat, terdapat beberapa cara untuk menetukan tahap kesuburan isteri dan suami. Berikut adalah antara ujian kesuburan yang boleh dilakukan oleh anda:-

1)Membuat ujian kesuburan
-Cara yang paling mudah dengan hanya menggunakan THERMOMETER bagi mencatit suhu badan setiap hari. Cuba ‘bersama’ pasangan anda apabila anda dapati terdapat perubahan suhu secara tiba-tiba kerana sebelum waktu subur suhu badan akan menurun dan apabila waktu subur suhu badan akan meningkat.
-Selain thermometer lakukan juga ujian kesuburan dengan Ovulation Predictor Kits(OPK) dimana tahap LH (luteinizing hormone) dapat diukur lebih awal sebelum waktu ovulasi

2)Ujian Air Mani
-Penting bagi memberikan maklumat mengenai peratusan sperma yang normal iaitu yang boleh berenang (motility) dan peratusan sperma yang tidak normal. Kadang-kadang perlu dilakukan beberapa ujian kerana kemungkinan peratusan sperma tersebut akan berbeza.

3)Ujian hormone
-Bagi menentukan keadaan tiub fallopio normal atau tersumbat
-Hormon yang terlibat semasa waktu subur adalah LH, FSH, oestrogen dan progesterone. Selain itu homon prolactin juga penting kerana ia melibatkan masalah berkaitan kelenjar tiroid.
-LH, FSH, prolactin dan hormone thyroid boleh diukur pada awal kitaran.
-Progesteron boleh diukur pada titik pertengahan antara ovulasi dan period seterusnya, pada peringkat ini, tahap progesteron dalam darah akan menjadi paling tinggidan akan menunjukkan sama ada ovulasi telah berlaku atau tidak

4)Hysterosalpingography (HSG)
-Ini adalah pemeriksaan X-ray rahim dan tiub fallopio dan melibatkan suntikan pewarna melalui serviks ke dalam rahim. Anda akan berasa tidak selesa (sakit) semasa ujian sedang dilakukan kerana tiada ubat pelali yang akan digunakan.

5)Laparoscopy and dye examination
-Ujian dilakukan dengan ubat pelali di mana hirisan kecil dibuat di dalam abdomen untuk dimasukkan jarum. Gas akan melalui jarum bagi mengembangkan abdomen dan sebuah teleskop yang dipanggil laparoscope akan dimasukkan ke dalam abdomen. Rahim, tiub dan ovari akan diperiksa dengan memasukkan satu pewarna (dye) ke dalam serviks, rahim dan tiub fallopio dan ia dapat diperhatikan secara langsung untuk melihat sama ada semua bahagian tersebut mempunyai masalah atau tidak

KLIK http://kedaibuzzstyle.blogspot.com/2012/09/ovulation-predictor-kit-opk.html 
UNTUK DAPATKAN CARA GUNA OVULATION PREDICTOR KIT YANG LENGKAP 

Klik link di bawah untuk....