MenuBar

Thursday, 7 June 2012

JENIS-JENIS UJIAN KESUBURAN

Bagi pasangan yang ingin mendapat zuriat, terdapat beberapa cara untuk menetukan tahap kesuburan isteri dan suami. Berikut adalah antara ujian kesuburan yang boleh dilakukan oleh anda:-

1)Membuat ujian kesuburan
-Cara yang paling mudah dengan hanya menggunakan THERMOMETER bagi mencatit suhu badan setiap hari. Cuba ‘bersama’ pasangan anda apabila anda dapati terdapat perubahan suhu secara tiba-tiba kerana sebelum waktu subur suhu badan akan menurun dan apabila waktu subur suhu badan akan meningkat.
-Selain thermometer lakukan juga ujian kesuburan dengan Ovulation Predictor Kits(OPK) dimana tahap LH (luteinizing hormone) dapat diukur lebih awal sebelum waktu ovulasi

2)Ujian Air Mani
-Penting bagi memberikan maklumat mengenai peratusan sperma yang normal iaitu yang boleh berenang (motility) dan peratusan sperma yang tidak normal. Kadang-kadang perlu dilakukan beberapa ujian kerana kemungkinan peratusan sperma tersebut akan berbeza.

3)Ujian hormone
-Bagi menentukan keadaan tiub fallopio normal atau tersumbat
-Hormon yang terlibat semasa waktu subur adalah LH, FSH, oestrogen dan progesterone. Selain itu homon prolactin juga penting kerana ia melibatkan masalah berkaitan kelenjar tiroid.
-LH, FSH, prolactin dan hormone thyroid boleh diukur pada awal kitaran.
-Progesteron boleh diukur pada titik pertengahan antara ovulasi dan period seterusnya, pada peringkat ini, tahap progesteron dalam darah akan menjadi paling tinggidan akan menunjukkan sama ada ovulasi telah berlaku atau tidak

4)Hysterosalpingography (HSG)
-Ini adalah pemeriksaan X-ray rahim dan tiub fallopio dan melibatkan suntikan pewarna melalui serviks ke dalam rahim. Anda akan berasa tidak selesa (sakit) semasa ujian sedang dilakukan kerana tiada ubat pelali yang akan digunakan.

5)Laparoscopy and dye examination
-Ujian dilakukan dengan ubat pelali di mana hirisan kecil dibuat di dalam abdomen untuk dimasukkan jarum. Gas akan melalui jarum bagi mengembangkan abdomen dan sebuah teleskop yang dipanggil laparoscope akan dimasukkan ke dalam abdomen. Rahim, tiub dan ovari akan diperiksa dengan memasukkan satu pewarna (dye) ke dalam serviks, rahim dan tiub fallopio dan ia dapat diperhatikan secara langsung untuk melihat sama ada semua bahagian tersebut mempunyai masalah atau tidak

KLIK http://kedaibuzzstyle.blogspot.com/2012/09/ovulation-predictor-kit-opk.html 
UNTUK DAPATKAN CARA GUNA OVULATION PREDICTOR KIT YANG LENGKAP 

Klik link di bawah untuk....







No comments:

Post a Comment