MenuBar

Sunday 23 March 2014

AMALAN MEMPEROLEH ZURIAT YANG SOLEH

 



AMALAN-AMALAN MEMPEROLEHI ZURIAT

Dalam Islam terdapat tips atau amalan yang boleh diamalkan agar dipermudahkan mendapat zuriat yang baik dan soleh.

Pertama, bersangka baik dengan ALLAH s.w.t. serta berdoa dengan membaca ayat 38, surah Al-Imran yang bermaksud: “Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat keturunan yang baik. Sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa.” Al-Imam Al-Samarqandi meriwayatkan bahawa Nabi Zakaria a.s pernah merasakan baginda tidak akan mendapat zuriat sehinggalah baginda melihat anugerah ALLAH s.w.t.


Kedua, bersangka baik dengan ALLAH s.w.t serta berdoa dengan ayat 89, surah al-Anbiya yang bermaksud: “Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat); dan Engkau jua sebaik-baik yang mewarisi.” Ayat ini juga berkenaan dengan kisah Nabi Zakaria a.s. untuk memperoleh anak yang baik bagi menyambung zuriatnya. Amalkan membaca doa ini bersama doa dalam surah Al-Imran tadi untuk mendapat zuriat. Selain itu berikhtiarlah dengan perkara-perkara yang dibenarkan syarak. Pasangan suami isteri juga dinasihatkan supaya memperbanyakkan sedekah, puasa sunat dan qiamullail untuk mendapat anugerah ALLAH s.w.t. yang hebat ini.
Dalam berdoa, kita disuruh menaruh harapan 100% kepada Allah SWT dan yakin bahawa Allah SWT sahaja yang berkuasa untuk mengabulkan doa kita. Mungkin anda dan suami boleh mencuba amalan berikut. Semoga Allah SWT memberikan jalan penyelesaian yang terbaik untuk anda yang dalam penantian mendapatkan zuriat.
1.         Amalan setiap hari Suami dan Isteri (selepas solat Subuh sebaiknya)
·         Baca Bismillah 1 kali
·         Kemudian selawat ke atas Rasulullah saw 10 kali
·         Setelah itu, baca kalimah syahadah 101x
·       Sujud dan mohonlah kepada Allah SWT (contohnya: "Ya Allah, kurniakanlah kepada kami zuriat atau anak yang soleh yang Engkau berkati di dunia dan akhirat.")
·         Tutuplah doa tersebut dengan membaca selawat ke atas Rasulullah 3 kali  
    
2.        Bacalah "Ya Zaljalaali Wal Ikram" 11 kali, kemudian tiup di dalam air SK Al-Khishbun yang telah dibancuh dan minum susu tersebut setiap pagi dan sebelum tidur.
3.      Suami dan isteri perlu amalkan membaca zikir "Ya Mutakabbir" (Allah Yang Maha Memiliki Keagungan) sebanyak 11 kali sebelum `bersama’;
4.        Suami dan isteri perlu amalkan membaca zikir “Ya Khaliq”, “Ya Bari” dan “Ya Musawwir” dalam hati semasa `bersama’; 
5.      Isteri hendaklah mengamalkan zikir "Ya Awwal" (Yang Tiada Permulaan ada-Nya) 333 kali setiap hari dan berniat di dalam hati;
6.         Amalkan membaca Surah Al-Waqiah selepas subuh.
7          Amalkan membaca Surah Al-Mulk selepas maghrib.
8.         Amalkan membaca Surah Yusuf dan  Surah Maryam.
9.         Amalkan bersedekah setiap hari Jumaat atau kepada bayi-bayi yang baru lahir;
Setelah berusaha dengan perubatan moden dan kampung untuk memperoleh zuriat bahkan telah berdoa kepada Allah, namun belum memperoleh zuriat, maka kita dituntut supaya banyak bersabar dan jangan dalam keadaan tertekan. Perasaan yang tidak stabil akan mengganggu keadaan dalam diri anda dan ini akan menyukarkan lagi bagi anda untuk memperolehi zuriat.
Di dalam berdoa kita disuruh menaruh harapan seratus peratus kepada Allah dan yakin bahawa Allah berkuasa untuk mengabulkan doa kita tersebut. Yang paling penting mulakan dengan pujian kepada Allah dan selawat kepada Rasulullah SAW begitu juga dalam menutup doa.
Mungkin anda semua boleh mencuba amalan di atas ini, semoga Allah memberikan jalan penyelesaian yang terbaik untuk anda dalam penantian untuk mendapatkan zuriat.
Jangan cepat putus asa kerana Allah SWT tidak suka terhadap hamba-Nya yang suka berputus asa.


Klik link di bawah untuk....


No comments:

Post a Comment