ELAK BUASIR DAN CARA MENGUBATINYA
Buasir atau hemoroid adalah pembengkakan pada vena yang terletak di bahagian rektum dan dubur. Apabila vena ini membonjol keluar ia mengganggu dan menyebabkan membran
di sekitarnya membengkak, terasa sakit, perit, gatal dan berdarah.
Buasir terjadi disebabkan oleh terlalu tinggi tekanan dalam darah di
bahagian rektum, menyebabkan dinding vena darah teregang atau 'memberi'
dan membonjol. Kadangkala ia boleh pecah, terutamanya sewaktu meneran.
Buasir
Written by Perunding GESB |
Buasir atau hemorrhoids merupakan
keluhan mereka yang kerap sembelit. Lain-lain faktor yang boleh
menyebabkan buasir ialah keadaan meneran (mereka yang sering mengangkat
berat dan menjerit), pekerjaan yang duduk lama di atas kerusi keras
(pemandu lori, pemacu kuda), mengandung dll. Buasir adalah sebenarnya
kusyen tisu jaringan salurdarah yang mengembang di bahagian dubur. Tanda
buasir dalaman ialah selepas membuang najis, ia diikuti dengan titisan
darah merah sementara tanda buasir luaran ialah bengkak di bahagian
dubur yang kadangkalanya menyakitkan. Pesakit buasir hendaklah
mengelakkan dari sembelit (minum air sekurang-kurangnya 8 gelas sehari
dan makan banyak serat spt sayuran dan buahan). Makanan yang pedas dan
berempah juga eloklah dielakkan. Perbuatan yang menjurus kepada meneran
hendaklah dihindarkan.
Pemeriksaan
doktor hendaklah dilakukan untuk memastikan tiada sebab lain seperti
tumor pelvik, lemah jantung ataupun portal hipertensi yang menjadi punca
buasir. Gamat boleh membantu melancar pengaliran darah di jaringan
hemorrhoid tersebut. Ia turut membantu menghindari radang dan
mempercepatkan penyembuhan luka. Kesan antinosiseptif oleh gamat boleh
mengurangkan rasa sakit dan tidak selesa pada buasir luaran. Kesan lawas
juga boleh mengelakkan sembelit.
Spirulina
pula didapati mampu melawaskan dan melegakan sembelit di samping
membekalkan nutriens yang perlu untuk membantu mengatasi buasir.
G-café
mengandungi kafein yang boleh merangsang pergerakan peristaltik usus
dan ini membantu melawaskan sembelit. Ubi jaga juga turut merangsang
pengaliran darah yang boleh mengelakkan dari darah terkumpul di bahagian
buasir dan mengecutkannya.
Disyorkan :
|
No comments:
Post a Comment